Selamat datang semua!

Selamat datang ke blog saya... di harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat mencetus minda para pembaca...

Saturday, October 16, 2010

tugasan daripada artikel "mencari dinamik politik kampus"

Ayat tesis
Tujuan sesebuah karangan dinyatakan oleh ayat tesis. Ayat tesis ini dapat kita lihat applikasinya dalam ayat iaitu :
“Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.”
Ayat topik.
Tujuan sebuah perenggan dinyatakan oleh ayat topic. Dalam ayat topik, isi atau gagasan utama yang menjadi tema seluruh perenggan serta memandu satu unit buah fikiran dalam satu perenggan bagi menyokong tesis karangan. Kita juga dapat lihat contoh penggunaan ayat topik dalam artikel ini.
“Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaanya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. “
Perenggan deduktif
Perenggan deduktif bermula dengan ayat topik. Ayat topik dikemukakan pada bahagian awal perenggan. Ayat huraian/ penyangga dikemukakan kemudian. Perenggan ini bermula dengan penyataan umum dan menuju kepada penyataan khusus atau sering juga dikenali sebagai perenggan pyramid terbalik. Kita juga dapat menilai jenis perenggan deduktif dengan melihat ayat di bawah ini yang tertera di dalam petikan.
“Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi di peruntukkan bagi kawasan kampus manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.”
Perenggan induktif
Perenggan ini bermula dengan idea-idea sokongan, iaitu hal-hal yang khusus, kemudia diakhiri dengan generalisasi atau penyataan umum. Ayat topik terletak pada bahagian akhir perenggan. Contoh ayat induktif dapat kita lihat seperti yang berikut :
“Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.”

Perenggan deduktif kompleks
Perenggan ini juga dikenali sebagai perenggan gabungan deduktif-induktif. Perenggan ini mengemukakan ayat topic pada awal perenggan dan pada akhir perenggan, manakala di tengahnya dikemukakan idea-idea penyangga. Contoh dapat dilihat seperti dibawah :
“Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh doperkemaskan dar semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mengambil jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam “gedung ilmu”. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.”

Perenggan Pengenalan
Dalam perenggan pengenalan, ia memperkenalkan isu/tema/gagasan utama karangan/isi/fakta/pendapat penyataan idea/harapan sesuatu perkara. Ia perupakan pendahuluan, pembukaan atau mukadimah. Perenggan pengenalan adalah penting sebagai daya penarik & menimbulkan minat kepada pembaca supaya membaca hingga ke akhir ayat. Kita dapat lihat perenggan ini menggunakan teknik analogi
“Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.”
Perenggan penutup.
Perenggan penutup merupakan bahagian akhir atau kesimpulan sesebuah karangan. Ia merumuskan keseluruhan gagasan utama karangan. Perenggan penutup biasanya mengungkapkan pendirian penulis atau harapan penulis terhadap sesuatu perkara ataupun penegasan kembali hal-hal penting dalam karangan. Dalam perenggan penutup, kita tidak seharusnya mengulang kembali apa-apa yang dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Contoh perenggan pendahuluan adalah seperti yang dibawah:
“Perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang, dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki, meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan, pelajar harus tahu dimana mereka harus bersatu. Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Kepada ahli MPP yang berjaya, dan diamanahkan,penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggunjawab yang perlu ditunaikan dan bukanya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakanya untuk kepentingan peribadi.”
Perenggan transisi
Tidak dapat dikenal pasti.
Perenggan dialog
Dalam perenggan dialog, perenggan ini ditulis dalam petikan langsung dan disusun dalam perenggan yang tersendiri. Ia mengalihkan rentak bacaan & menunjukkan komunikasi langsung antara watak dengan watak dalam karangan atau antara penulis dengan pembaca. Contoh perenggan dialog adalah:
“Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan, ia pasti mengundang masalah.”

3 ciri perenggan yang baik.
Kepautan.
Kepautan ialah ayat yang terbina dalam perenggan bergerak lancer dan dapat dibaca dengan mudah. Contoh ayat yang mempunyai cirri kepautan dalah seperti dibawah.
“Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaiman pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam saingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahasian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.”
Kesatuan
Ciri perenggan yang mempunyai elemen kesatuan pula adalah perenggan yang mempunyai hanya satu idea pokok sahaja.
“Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya member pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimipin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting, mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.”
Kejelasan
Kejelasan ialah penulisan yang terang, nyata, dapat difahami dengan mudah.
“Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.”

Teknik menstruktur idea
Teknik proses
Dalam teknik proses, ia merupakan satu urutan daripada tindakan/perbuatan untuk mencipta/menghasilkan sesuatu.
“Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan “panas” kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).”
Teknik sebab dan akibat
Dalam teknik sebab dan akibat, teknik ini melihat faktor terjadinya sesuatu peristiwa dan cuba jawab persoalan kenapa.
“Mungkin sediki mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkunagn rakan etnik yang sama sahaja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiti menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.”
Teknik perbandingan.
Dalam teknik perbandingan, ia digunakan untuk menunjukkan persamaan/perbezaan antara dua orang/benda/gagasan
“Kepada ahli MPP yang berjaya, dan diamanahkan,penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggunjawab yang perlu ditunaikan dan bukanya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakanya untuk kepentingan peribadi. Pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa juga yang terkandung dalam manifesto. Tanpa jawatan, mereka juga boleh menyumbang.”

oleh:hanim mhd asrar
105712