Selamat datang semua!

Selamat datang ke blog saya... di harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat mencetus minda para pembaca...

Wednesday, September 22, 2010

Ulasan Filem - 4 madu


Plot Cerita :


Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.
Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?

Teknik:

Dalam filem ini, saya dapat lihat bahawa teknik yang digunakan seperti unsur-unsur khas ( special effect) ada digunakan. Ini kerana Saiful Apek memainkan dua watak dalam filem ini. maka, apabila mahu menggabungkan kedua-dua watak dalam satu babak, maka ada teknik unsur khas digunakan.

Apa yang menariknya, ‘4 Madu’ menampilkan kelainan apabila telah menggunakan teknik ‘double acting’, di mana Apek membawa dua watak yang berbeza iaitu sebagai Azrul dan Azlan. Kepakaran dan teknologi komputer ketika suntingan juga dimanfaatkan oleh Prof untuk menampakkan adegan berkenaan seperti realiti.

Malah, teknik kamera canggih juga telah digunapakai ketika merakamkan watak Azlan dan Azrul ketika berdialog.

Tahap persembahan / mutu lakonan artis:

Selain Saiful Apek, 4 Madu dilakonkan oleh Rozita Che Wan; Fasha Sandha; Rosnah Mat Aris; Marsha Milan Londoh; Sazzy Falak, Datuk Rahim Razali; Almy Nadia; Ayu Raudhah dan Bienda.

Bagi saya, seperti biasa, lakonan saiful apek adalah berkesan dan bagus. Namun demikian, lakonan ayu raudhah adalah tidak memuaskan. Para pelakon lain hanya memberi kesan yang sederhana sahaja.

Penghakiman:

Saya berpendapat bahawa filem ini boleh di tonton tetapi bukanlah sangat bagus sehingga saya akan mengesyorkan kepada para penonton untuk menontonnya. Ini kerana, saya dapati bahawa filem ini kurang kualitinya dari segi plot. Plot nya tidak kukuh dan tidak relevan. tambahan pula, tiada kesinambungan babak diantara babak-babak dalam filem ini. barisan pelakonnya juga tidak dapat berlakon dengan berkesan kerana dialog adalah sangat lemah, sedangkan barisan pelakon terdiri daripada para pelakon yang tidak kurang hebatnya. Jika di tanya secara jujur samada adakah patut menonton filem ini atau tidak, seikhlas hatinya, saya akan menjawab tidak. Maaf prof! :)

Monday, September 20, 2010

Lebaran

Hatiku pantas sekali
pantas berdegup dan kencang sungguh ia
adakah sempat,adakah sempat aku ketemu dia
adakah sempat aku kucup tangannya
adakah sempat aku pohon maaf bersulam air mata
di hening syawal di pagi raya
sempatkah, sempatkah aku?

hai lebuhraya
padat sesak dengan muka-muka
penuh saja mereka
berlumba-lumba bersimpang siur
tak sabar dalam kekalutan
hai manusia...

aku ingat lagi..
tahun lepas tatkala raya
bagaimana ibu yang uzur amat ketara
merayu memujuk manja
sayang pulanglah, pulang ibu mahu jumpa
pulanglah beraya bersama
aku hanya mengangguk sepi
tanda hati yang tak jadi.

aku tahu, aku juga arif
aku faham yang masak amat
tahu sudah akan dosaku,
dosaku membuat ibu mengalirkan mutiara kaca
di pagi Syawal dingin gelap muram durja
tapi aku juga benak di akal
kosong di kalbu
cuma biarkan hati ibu begitu.

maafkan aku ibu...
kali ini aku tahu salahku,
aku tahu dosa khilafku
aku tahu suratan hidupku
mungkin sempat, mungkin tidak,
kesampaian ketemu ibu,
ibu, ibu...
tunggu aku...

ku kelip anak mata,
tiada bayang lebuhraya
ah, menungku lama
hingga tak sedar ku sudah di halaman syurga
kampung halaman tercinta

ku kuak daun pintu
aku ketawa, ketawa kecil yang hampir gila
melihat sekujur tubuh di tutupi kain batik
dan ibu di bawah kain itu.

Hatiku pantas sekali
pantas berdegup dan kencang sungguh ia
tidak sempat aku ketemu dia.

Saturday, August 21, 2010

Nek Som

Nek Som jenuh mencungkil gigi kuning karat nya
sambil membasuh kaki
dengan air perigi
yang keruh kotor
berkelodak geli kelihatan
selamba saja, Nek Som basahkan kakinya
yang sedia kotor
dikotorkan lagi dengan kelodak telaga

Aku tahu jauh disudut hati
Nek Som juga mahu dikasihi
kalbunya mahu dirindui
tangannya kangan dikucupi
pipinya mintak di cintai
namun semua itu mimpi

Nek Som sendiri
melayan perasaan diri
menunggu yang sudah pergi
menanti yang takkan kembali
seperti pungguk rindukan bulan
bulan yang sungguh amat menawan
umpama seorang gadis rupawan

Perit, pahit yang dirasa
cuma hati saja yang mampu berkata
sangat sukar diluahkan dengan kata-kata
pabila teringatkan si dia

Tidur hanya berteman selimut malam
Mimpi hanya dikucup angin sepi
Nek Som membenci diri
kerana bodoh mengabdi diri

Dia
aduh..
sungguh menawan alisnya
sungguh manis bibir bicara
sungguh manja dipeluk dimanja
pernah dipangkuan, pernah di puja
masakan Nek Som lupa Dia.
Nen Som tersenyum jua.

Dan aku,
aku yang lihat dari ekor mata
aku yang rasa terbit dijiwa
aku yang merana lihat Nek som mendamba

si Dia yang menghilang kemana
si Dia yang alpa,lupa jasa-jasa

lupa cinta-cinta
lupa semua dahulunya

Aku gundah aku kecewa aku sedih merana
namun Nek Som tersenyum cuma
katanya
"bila rasaku ini rasamu, kau akan tahu"

Ciri-ciri penulisan kreatif
1. Menggunakan wacana pelukisan ( expressive)
pada perenggan satu, penulis menggambarkan keadaan Nek som yang miskin dan daif dan berada dalam keadaan yang serba kekurangan dan hidup di kampung pedalaman.

2. Bernada puitis
pada perenggan kedua, penulis menggunakan kata-kata puitis untuk menggambarkan perasaan Nek som dan hatinya yang merindui dan mendambakan kasih sayang seseorang

3. Menggunakan bahasa kiasan
pada perenggan ketiga, penulis menggunakan bahasa kiasan untuk menunjukkan yang Nek som merindukan si Dia bagaikan pungguk rindukan bulan

4. bersifat imaginatif dan figuratif
pada perenggan kelima, penulis menggunakan bahasa figuratif contohnya metafora ' selimut malam'

5. bersifat ketaksaan
pada perenggan keenam, sifat-sifat si Dia yang digambarkan penulis mempunyai ambiguiti, sama ada si Dia adalah kekasih hati atau anak kepada Nek Som



Tuesday, August 3, 2010

aku dan hatiku

aku lihat dia
aku lihat belakang badannya
hitam semua
aku dengar dia berkata
berkata-kata dan terus berkata
suaranya saja
bikin aku jelik, muntah perutku bergelora

aku
aku dan dia
aku dia dan sejarah kita
pernah bersama bergelak ketawa
namun kini tiada.

dia
pernah menjadi lilin
lilin di hatiku
dia
kini menjadi api
membakar diriku.

N.ukilan:
Ikan Jos

kosong
jiwaku kosong kaku benci terpaku
melihat wajah-wajah palsu
konon wajah selesa, konon wajah gembira
aku tahu semua
dalam kalbu, mereka hampa.

aku tahu,
aku tahu semua
mereka kusut jua
mereka benci sesama mereka
namun mereka tiada pendirian
aku hanya ketawa.

aku dan diriku
aku dan hatiku
aku dan jujurku
aku dan khilafku
aku, sendiri dan tak mungkin layu.

Nukilan:
Ikan Jos