Selamat datang semua!

Selamat datang ke blog saya... di harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat mencetus minda para pembaca...

Wednesday, September 22, 2010

Ulasan Filem - 4 madu


Plot Cerita :


Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.
Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?

Teknik:

Dalam filem ini, saya dapat lihat bahawa teknik yang digunakan seperti unsur-unsur khas ( special effect) ada digunakan. Ini kerana Saiful Apek memainkan dua watak dalam filem ini. maka, apabila mahu menggabungkan kedua-dua watak dalam satu babak, maka ada teknik unsur khas digunakan.

Apa yang menariknya, ‘4 Madu’ menampilkan kelainan apabila telah menggunakan teknik ‘double acting’, di mana Apek membawa dua watak yang berbeza iaitu sebagai Azrul dan Azlan. Kepakaran dan teknologi komputer ketika suntingan juga dimanfaatkan oleh Prof untuk menampakkan adegan berkenaan seperti realiti.

Malah, teknik kamera canggih juga telah digunapakai ketika merakamkan watak Azlan dan Azrul ketika berdialog.

Tahap persembahan / mutu lakonan artis:

Selain Saiful Apek, 4 Madu dilakonkan oleh Rozita Che Wan; Fasha Sandha; Rosnah Mat Aris; Marsha Milan Londoh; Sazzy Falak, Datuk Rahim Razali; Almy Nadia; Ayu Raudhah dan Bienda.

Bagi saya, seperti biasa, lakonan saiful apek adalah berkesan dan bagus. Namun demikian, lakonan ayu raudhah adalah tidak memuaskan. Para pelakon lain hanya memberi kesan yang sederhana sahaja.

Penghakiman:

Saya berpendapat bahawa filem ini boleh di tonton tetapi bukanlah sangat bagus sehingga saya akan mengesyorkan kepada para penonton untuk menontonnya. Ini kerana, saya dapati bahawa filem ini kurang kualitinya dari segi plot. Plot nya tidak kukuh dan tidak relevan. tambahan pula, tiada kesinambungan babak diantara babak-babak dalam filem ini. barisan pelakonnya juga tidak dapat berlakon dengan berkesan kerana dialog adalah sangat lemah, sedangkan barisan pelakon terdiri daripada para pelakon yang tidak kurang hebatnya. Jika di tanya secara jujur samada adakah patut menonton filem ini atau tidak, seikhlas hatinya, saya akan menjawab tidak. Maaf prof! :)

Monday, September 20, 2010

Lebaran

Hatiku pantas sekali
pantas berdegup dan kencang sungguh ia
adakah sempat,adakah sempat aku ketemu dia
adakah sempat aku kucup tangannya
adakah sempat aku pohon maaf bersulam air mata
di hening syawal di pagi raya
sempatkah, sempatkah aku?

hai lebuhraya
padat sesak dengan muka-muka
penuh saja mereka
berlumba-lumba bersimpang siur
tak sabar dalam kekalutan
hai manusia...

aku ingat lagi..
tahun lepas tatkala raya
bagaimana ibu yang uzur amat ketara
merayu memujuk manja
sayang pulanglah, pulang ibu mahu jumpa
pulanglah beraya bersama
aku hanya mengangguk sepi
tanda hati yang tak jadi.

aku tahu, aku juga arif
aku faham yang masak amat
tahu sudah akan dosaku,
dosaku membuat ibu mengalirkan mutiara kaca
di pagi Syawal dingin gelap muram durja
tapi aku juga benak di akal
kosong di kalbu
cuma biarkan hati ibu begitu.

maafkan aku ibu...
kali ini aku tahu salahku,
aku tahu dosa khilafku
aku tahu suratan hidupku
mungkin sempat, mungkin tidak,
kesampaian ketemu ibu,
ibu, ibu...
tunggu aku...

ku kelip anak mata,
tiada bayang lebuhraya
ah, menungku lama
hingga tak sedar ku sudah di halaman syurga
kampung halaman tercinta

ku kuak daun pintu
aku ketawa, ketawa kecil yang hampir gila
melihat sekujur tubuh di tutupi kain batik
dan ibu di bawah kain itu.

Hatiku pantas sekali
pantas berdegup dan kencang sungguh ia
tidak sempat aku ketemu dia.